Sajak Corner
1.Anak Desa
Memang Mesra
Mesra fauna
Mesra flora
Bahagia sentiasa
Tiada hiruk pikuk kota
Tiada masaalah dunia
Tiada derita
Tiada sengsara
Tiada tekanan jiwa
Hidup apa yang ada
InsyaAllah kita redha
Jiwa sentiasa gembira
Kita semua tetamu senja
fauzan@Taman Melawati
5 Jamadil Awwal 1440 Hijrah
100119
#sajak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2. Aku ke sana
Berkereta ada
BerETS pun ada
Berkapalterbang pun ada
Bermotor pun ada
Ke Kulim kita kesana
Ada yang berkata
Kita kena ke titik bermula
Untuk mengakhiri ketitik penamat yg tersedia
Ada yang berkata
Aku juga kesana
Mencari jejak jejak ibubapa
Yang berkorban tidak kira masa
Ada yang berkata
Aku akan kesana
mencari guru yg banyak jasa
Menjadikan aku manusia yang berguna
Ada yang berkata
Aku juga akan kesana
Mencari sahabat setia
Hilang dia begitu lama
Ada yang berkata
Aku akan kesana
Mencari budak yang terperangkap terowong masa
Rupanya budak itu sudah dewasa
Membantu warga kilang demi bangsa dan agama
Semua kita punyai cerita
Cerita yang sama tetapi berbeza
Hanya Allah jua
Merahmati dan memberkati kita semua
Ayuh kita berdoa
Dihimpun Allah kita semua
Didalam SYURGA
fauzan@Baitul Hikmah
Sungai Pusu
8 Jamadil Akhir 1438/6 March 2017 #sajak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3. AyahKu Haji Noordin
Siapa tak kenal HjDin aka Pak Din di Kepala Batas
Berbasikal dari Penanti ke Kuala Muda
Berbasikal dari Guar Perahu ke Bumbung Lima
Menghantar telegram seringgit sebatu cuma
Menghantar telegram berita duka
Ada juga telegram sampaikan berita gembira
Mencari rezeki menyara keluarga
Ayahku juga penulis sementara
Mengisi borang epf,LHDN dan apa saja
Tidak ada gaji bulanan yang berkala
Hanya upah Harian semata mata
Namun dari upah harian yang didapati
Rumah keluarga dapat didiri
Dapat bawa mak dan ayah tunaikan haji
Ku berdoa Allah menggurniakan Mak dan Ayah Jannah
Ku berdoa Allah golongkan Mak dan Ayah orang yang soleh dan solehah.
Ku berdoa Allah merahmati Mak dan Ayah.
fauzan @ Baitul Hikmah
4 Syawal 1441, 27.05.2020
#sajak
4. Allah Maha Perancang
15 Mac tarikh keramat
Pengganas merancang
Allah Maha Perancang
Kau nak takutkan Umat
Tapi kau yang terencat
Islam lebih hebat
Ramai lagi yang mendapat rahmat
Dendam benci penuh kesumat
Tapi ramai lagi melihat Islam penuh berkat
Inilah hakikat
Bila Islam disekat
Islam makin kuat
Kononnya kau menamatkan kehidupan
Sebenarnya kau antara sebab mereka ke syurga idaman
Kerja kau sia sia
Kau yang binasa
Malah lebih 50 juta yang terpa
Mereka 50 bahagia
Gembira selama lamanya
Mereka kekal di syurga
fauzan @ fatoni
15 Rejab 1440/21 Mac 2019
#sajak
Atas permintaan sahabat Mohd Fudzail Mohd Nor
5. Allah Maha Penyayang
Datang
Peluang
Pulang
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita pulang
Tiap malam sebenarnya kita pulang
Tiap malam nyawa kita melayang
Allah Maha Penyayang
Tiap pagi memberi peluang
Menyediakan bekalan dengan penuh lapang
Haji antara panggilan untuk kita pulang
Pulang ke pengkalan yang terbilang
Pakaian ihram adalah lambang
Lambang bagi hambaNYA yang matang
Doakan Haji Mabrur anugerah cemerlang
Allah Maha Penyayang
fauzan@Jazan 2010 #sajak
6. Antara Ibn Rushd dan Averroes
Yang mana asalnya
Yang mana usulnya
Yang mana terbilangnya
Yang mana cemerlangnya
Yang mana gemilangnya
Sudah pasti Islam fitrahnya
fauzan@tok wan abdullah fahim
5.11am- Pattani, Thailand
# sajak
7. Burung Tiong
Alahai Burung Tiong
Kasihan Burung Hud Hud
Angkara kesombongan manusia
Angkara keangkuhan politikus
Angkara covid19
Kau yang mulia dihina
Kau tidak berdosa dianaya
Sesungguhnya kerosakan dunia
Angkara tangan manusia
Ingatan Allah pada hambaNYA
#SAJAK
12/11/2020
8.
Antara Burung Merak Kayangan
dan Burung Merbuk Jalanan
Burung Merak Kayangan
Kau boleh bersanding
SOP boleh dirunding
Burung Merbuk Jalanan
Terbang kesana kesini perlu ada kebenaran
Jika silap haribulan kau disaman
Buruk Merak Kayangan
Putera puteri lahir disambut kompang sahutan
Burung Merbuk Jalanan
Puteri puteri lahir hanya telefon bimbit yang azan
Burung Merak Kayangan
Kau merentas negeri menyampai hadiah ibu kesayangan
Burung Merbuk Jalanan
Kau mencari wang dengan upahan penghantaran Grab secara harian
Burung Merak Kayangan
Kau berbuka puasa ditengah jurukamera
Burung Merbuk Jalanan
Kau masih tercari dengan apa mahu berbuka
Burung Merak Kayangan
Denda enampuluh ribu sekali lakonan
Burung Merbuk Jalanan
Denda limapuluh ribu jika burger tiga tahun jualan
Burung Merak Kayangan
Kesana kesini mencari karpet
Burung Merbuk Jalanan
Kesana kesini bawa Grab isikan dompet
Burung Merak Kayangan
Istana Hinggap kamu ramai yang ziarah
Burung Merbuk Jalanan
Sarang lalang kamu satu yang singgah
Kedua burung terbang melayang di angkasa
Bila tiba masanya
Akhirnya jatuh ke bumi juga
Allah jua Yang Maha Berkuasa
9 . Anak Muda
Anak Muda
Hari ini kau berjaya
Syukurlah pd Allah Maha Kuasa
Kenanglah jasa kedua ibubapa
Ingatlah pesanan pensyarah sentiasa
Anak Muda
Perjalanan masih jauh disana
Bekal lah ilmu, Iman dan taqwa didada
Jangan harap hidup disana tanpa gelora
Jangan tempah bahaya tapi mesti waspada
Bersedia dengan usaha dan doa
Ingatlah hidup ini sementara
Tapi ia adalah tempat bekalan ke syurga
Ingatlah Allah setiap masa
InsyaAllah Allah akan bersama kita.
fauzan@taman ilmu dan budi
7 Safar 1438H
#sajak
10.
Ada makna
sasterawan negara
berbicara begitu rupa
Rakyat mudah lupa
Rakyat suka alpa
Rakyat asyik terlena
Walaupun acap kali terkena
#sajak Jakarta 21 Safar 1437H
11.
Andaikan kepulan awan
Laluan Para malaikat yg tekun dan sopan .
Mencatitkan segala amalan
Mencerita segala kejadian
Amalan soleh di 10 hari pertama Zulhijjah.
Beruntunglah pd mereka yg beramal soleh dan beribadah
Doakan kita mendapat Barakah dan Rahmah
fauzan@sg.pusu #sajak
12.
Antara Kubah Hijau dan Kubah Merah
Ada tasik ada sungai
Antara risau dan marah
Ada Iman yg tersemai
Resah mengharapkan damai
Kerana masih ada yg mamai
Yg beriman tidak ramai
Doakan tanahairku barakah indah permai
#sajak
13.
Anak miskin bandar yang derita
Siapa yang peka
Siapa yang rasa
Bilik hanya dua
Satu bilik untuk ibubapa
Satu bilik untuk anak dara
Kadangkala ibubapa pulang lewat senja
Siapa yang mendidik anak remaja
Siapa yang memimpin anak bangsa
Mereka adalah warisan negara
Mereka pengganti kita
Jika mereka tidak terjaga
Jika kita selalu alpa
Deritalah Negara
Gelitalah Malaysia
Ya Allah bantulah mereka.
fauzan@Shah Alam
2 Jamadil Awal 1440H
28 December 2019
#sajak
14.
Alhamdulillah hasil tangkapan kali ini
Dapat merasai
Cabaran hidup nelayan mencari rezeki
Mengharungi
Badai ombak yang tinggi
Demi mencari rezeki
Anak anak dan isteri
#sajak
15. Bocor
Semalam bocor
Hari ini bocor
Atas bocor
Bawah bocor
Bumbung bocor
Bantuan dan bajet juga bocor
Malaysia negaraku tersohor
Tapi masih ada yang kotor
Negara makmur
Tapi ada yang tidak luhur
Segala harapan akan hancur
Kerana semuanya bisa diatur
Ramai yang masih tidur
Iman makin kendur
Dunia tempat untuk berhibur
Kerana kejayaan dunia jadi kayu ukur
Kerana kejayaan akhirat kian kabur
Kerana pada Allah tidak bersyukur
Kerana syariat Allah tidak akur
Tunggulah siksa kubur
fauzan@Baitul Hikmah Sg Pusu
16 Zulkaedah 1435 Hijrah
#sajak
16. Bulan 16 Ramadan
Sudah berapa banyak amal soleh dilakukan
Sudah berapa juz Quran yang ditadaburkan
Sudah berapa banyak Wang disedakahkan
Atau masih sibuk dengan dunia
Masih pening memikirkan soal politik
Masih banyak masa dengan media sosial
Masih fikirkan dengan kueh raya
Masih terkenangkan baju raya
Raya atau Taqwa yang mana hasilnya
Raya dengan kueh dan bajunya
Atau Raya dengan Taqwa
Antara cahaya bulan purnama nur taqwa
Atau cahaya lampu dunia fana fatamorgana
Pilih lah Nur cahaya taqwa
Jangan siakan masa yang ada
Lakukan amal pahala berganda
Allah jua membalasnya
fauzan@ Sungai Pusu
16 Ramadan 1440 Hijrah
21 hb Mei 2019
#Sajak
17.BaituRahman
BaituRahman
Kau Serambi Mekah
Atau Serambi Madinah
Teguh mu mirip Kota Mekah
Mesra mu bagaikan Kota Madinah
Apapun Kau memang gagah
Berdepan dengan Tsunami tanpa goyah
Melindungi Umat tanpa menyerah
Kau menyaksikan bangunan yang kalah
Kerana kamu tempat beribadah
Kerana kami Hamba ALLAH
fauzan @ BaituRahman
6.18 am
7 Safar 1440
18 October 2018
#sajak
18.
Berihram keseorangan
Berkain putih juga keseorangan
Nanti tinggal keluarga kesayangan
Tiada kawan ,sahabat dan teman
Tiada pangkat, harta dan gelaran
Hanya tinggal amalan
Yang membantu harta diwakafkan
Yang menolong ilmu dimanfaatkan
Juga anak yang soleh mendoakan
19. Bendera Putih
Bendera Putih
Tidak terfikir kita akan alami keadaan sebegini
Tidak terfikir selepas 2020 Malaysia getir sekali
Tidak terfikir tekanan jiwa parah putus bertali
Tidak terfikir ekonomi runtuh lipat inflasi
Bendera Putih
Bukan bermakna menyerah kalah
Bukan bermakna tidak berdoa hanya pasrah
Bukan bermakna tidak berusaha hanya minta sedeqah
Ini usaha akhir menyatakan resah gelisah
Bendera Putih
Kenapa kita berdepan semua ini
Apa yang tidak kena di sana sini
Adakah kerana covid19 yang kecil sekali
Apakah dosa manusia di muka bumi
Bendera Putih
Kita tidak perlu menunding jari
Lihat kedalam cerminkan diri
Bagaimana memperbaiki Iman yang murni
Mengharapkan dan mendekati pada Illahi
Ya Allah pada Kau saja kami berdoa
Ya Allah pada Kau kami bertakwa
fauzan @ Sungai Pusu
20 Zulkaedah 1440
30 Jun 2021
#sajak
20. Covid19 dan Ramadan
Datangnya Ramadan dinantikan
Tibanya Covid19 menakutkan
Dari Allah mereka datang
Kepada Allah mereka pulang
Covid19 memenjarakan manusia
Ramadan memenjarakan syaitan durjana
Covid19 mengajar kita erti manusia
Rasa besar tapi tidak upaya
Covid19 lebih kecil dari hama
Tapi mampu hentikan dunia
Covid19 haramkan perkara biasa
Ramadan juga haramkan sesuatu ikut masa
Covid19 membisikkan kita siapa Maha Kuasa
Manusia tidak punya apa apa
Ramadan datang dengan jawapan
Ramadan datang memberi harapan
Jawapan dan Harapan ada dalam Al Quran
Untuk kita dekati lagi dengan Tuhan
Untuk kita kuatkan Taqwa dan Iman
Ya Allah lindungilah kami
Ya Allah rahmatilah kami
Kemenangan Ramadan diakhir nanti
Taqwa pd Allah kami hajati.
fauzan@Sungai Pusu
Jumaat 1 Ramadan 1441 / 24 April 2020
#sajak
21. Cerita Pelekat Kereta
Rupanya pelekat kereta pun ada cerita
Bila mahu pandu kedepan terus mara
Aku toleh ke cermin terpandang pelekat kereta
Dia bertanya ” Hang nak pi mana”
Teringat aku , aku dari mana
Aku manusia kerdil seorang hamba
Sedar diriku bagaimana aku bermula
Bermula dari kecil yang serba tidak ada
Alhamdulillah kini aku sudah dewasa
Punyai rezeki sederhana
Alhamdulillah sempurna
Dari mana hendak kemana
Allah jua
Destinasi akhir kita
fauzan@Taman Ilmu dan Budi
8 Jamadil Akhir 1438 Hijrah/7 Mac 2017
#sajak
22.
Cukuplah berpesta. …
Ayat Ayat Allah sudah nyata
Cukuplah berpesta. ..
Peringatan Allah untuk semua
Cukuplah berpesta. .
Wahai hamba
Cukuplah berpesta
Wahai ketua
Tahun baru tidak bermakna
Jika rakyat masih menderita
#sajak 2014
23.
Cucuku 21 hari yang menawan
Kehadhiranmu bersama Ramadan
Kedatanganmu membawa keberkatan
Kelahiranmu memberi kebahagian
Setiap masa memberi keceriaan
Doakan Abdullah Faheem yg beriman
— Tokwan fauzan@29 Shaaban 1435 H
# Roslina Othman Anwar Fauzan Fasihah Fadzlullah
#sajak
24. Daulat Tuanku
Dari Segamat ke Alor Star
Menjual sampin kerja saudagar
Rakyat mengharap penuh sabar
Agar pemimpin negara sudi mendengar
Melihat awan jangan lupa batu di bumi
Nanti tersungkur jatuh tersusuk duri
Sudah lama rakyat marhaen menanti
Agar pemimpin ikhlas membantu kami
Rempah ratus masakan melayu asli
Hidangan dan santapan diraja sedap sekali
Daulat Tuanku menegur pemimpin kami
Agar Malaysia tanahairku dirahmati Illahi
fauzan @ Sungai Pusu | 7 Safar 1443 H | 13 September 2021
25.
Datang, Peluang…Pulang
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita pulang
Tiap malam sebenarnya kita pulang
Tiap malam nyawa kita sementara melayang
Allah Maha Penyayang,Tiap pagi memberi peluang
menyediakan bekalan dengan penuh lapang
Haji antara panggilan untuk kita pulang
Pulang ke pengkalan yang terbilang
Pakaian ihram adalah lambang
lambang bagi hambaNYA yang matang
Doakan Haji Mabrur anugerah cemerlang
#sajak
26. Final Journey for Abg Abdul Razak Che’din
May Allah grant you Jannah.
Hj Abd Razak
Namamu sudah mengamit rezeki sentiasa
Rezeki yg diterima diagih pada semua
Senyuman mu menggembirakan teman yg ada
Ketawa mu menghilangkan duka
Ringan tulang membantu setiap manusia
Mahasiswa China, Mahasiswa Afrika
Tanpa kira warna
Kamu sentiasa bersedia
Membantu mereka baik tenaga ataupun harta
Saf Depan kiri Masjid UIAM sentiasa berada
Menunggu sahabat kadang kala terleka
Puasa isnin khamis penuh berrahsia
Umrah dan Haji menjadi cita cita setiap masa
Hj Abdul Razak damai kamu di sana
Allah menyayangi mu hambaNYA
Amalan soleh mu bekalan di syurga
fauzan@Baitul Hikmah
6 Safar 1439 Hijrah
#sajak
27.
Hari ini 20 tahun yg lalu
Aku juga disitu
Tempat berUsrah setiap minggu
Melakar Sejarah perjuangan padu
Membina Generasi Baru
Kerana Allah kita bersatu
fauzan
10 Muharam 1440 H
# sajak
28.
Hujan lebat
Petir dan kilat
Suatu alamat
Pada umat
Hidup biarlah berkat
Selamat dunia akhirat
Jelas tanda tanda kiamat
Dunia ada penamat
Allah jua akhirnya tempat
@Surau AlAbqari
9 Zulhijjah 1435 H
29. Hari ini hari Arafah
Hari Wukuf di Arafah
Hari kemuncak menyembah Allah
Hari kami berserah
Hari mohon ampun kami yang bersalah
Ya Allah jadikan kami hamba yang soleh dan solehah
Ya Rabb jauhkan nar masukkan kami ke Jannah
Tiada harta, tiada keturunan, tiada darajah
Miskin, kaya, tinggi, rendah semua sama gagah
Semuanya menyerah pasrah
Mohon keampunan dari Allah
fauzan@Alor Star 9 Zulhijjah 1437 Hijrah
#sajak
30.Hamba Allah yg Satu
Satu Wajah
Pelbagai masa ketika
Pelbagai suasana
Pelbagai sahabat setia
Meniti masa kehidupan
Yang penuh cabaran menguji keimanan
Yang pasti tahu dimana pengkalan
Yang utama tahu arah tujuan
Yang penting menginsafi hamba yang kerdil
Tidak punyai daya dan tenaga
Melainkan izin dari Maha Besar Maha Kuasa
Allah Subhanahu Wa Ta’ala
fauzan @ Sungai Pusu
5 Rabiul Awal 1443H
12 October 2021
31. Insafilah
Rasailah derita umat
Pekalah sengsara rakyat
Ada yang melarat
Jangan nanti ditanya nanti apa yg kamu buat
Jangan nanti jawapannya saya hanya melihat
Tahukah kita hidup di dunia hanya satu saat
Jika mahu dibandingkan masa di akhirat
Dengan kudrat dan keringat
Bantulah mereka dengan rahmat
Semoga hidup penuh berkat
Usaha kita dicatit malaikat
Doakan Allah kurniakan Jannah penuh derajat
fauzan@Sungai Pusu
11 Ramadan 1441
#Sajak
32. Jari Jemari
Lima di kanan lima di kiri
Rukun Islam lima difahami
Menjadi amali mukmin sejati
Jari paling utama menjadi saksi
Sekurang kurangnya sembilan kali
Kita mukmin angkat jari telunjuk mendiri
Menyaksikan Allahu Rabbi
Menyatakan Rasulullah itu akhirnya Nabi
Jari jemari juga pandai menari
Kesana kemari
Di atas muka telefon peranti
Kesana kemari mencatit emosi
Kesana kemari meluahkan isi hati
Perlu ingat semuanya itu diperhati
Dicatit oleh malaikat di kanan dan di kiri
Jari jemari
Kau juga berguna untuk menyuap rezeki
Sedap menjilat jari
Bukan kfc tapi itu hadith Nabi
Mencari berakah yang dirahmati
Jari jemari
Dikatakan maklumat di hujung jari
Perlu ingat bukan dosa yang dicari
Tapi banyakkan pahala untuk akhirat nanti
Jari jemari
Surah Yassin tangan bercakap sendiri
Kaki pula menjadi saksi
Sudah tentu jari jemari
Ada tugas di hari akhirat nanti
Jari jemari
Ciptaan sempurna Illahi
Menafaatkanlah untuk mencari redha Illahi
fauzan@ Sungai Pusu 8.23 pagi
Sabtu, 26 Ramadan 1442 H, 8 Mei 2021
#sajak
33. Kita Ansara
Dimana kita
Siapa kita
Kta Marsbatch, kita AnsaraKu
Kita Kuatagh, kita Anseri, kita Wattop
Kita semua Ansara
Kita semua bersaudara
Tidak kira warna
Tidak kira rupa
Kita Ansara
Menjaga kesucian agama
Merasa derita anak bangsa
Membela tanahair tercinta
Kita Ansara
Membantu umat yang sengsara
Kita Ansara
Pada Allah kita berdoa
fauzan@Taman Melawati
15 Safar 1442 H , 3 October 2020
34. Kita Umat Islam bagaimana?
Gaza kami peka
Gaza kami tahu kau derita
Netanyahu gila kuasa
Gaza dinoda
Trump Pendusta merampas Golan
Melanggar segala peraturan
Mengikut kehendak Syaitan
Digelar penyelamat Israel akhir zaman
Kita Umat Islam bagaimana?
Dunia buta
Atau manusia yang durjana
Orang Islam yang masih lena
Bercakar sesama saudara
Kitar cerita lama
Kita Umat Islam bagaimana?
Tak perlu bergantung kuasa besar
Tangan penuh darah dan onar
Kita boleh bersatu kerana benar
Allah Maha Besar Al Jabbar
fauzan@ Sungai Pusu
20 Rejab 1440 Hijrah/27 Mac 2019
35. Keadilan Gembira Anakku (Adlin Farihah)
20 tahun lalu Anakku
Kau dilahirkan dizaman keliru
Kelabu tanahairku
Rakyat rasa terharu
Seluruh alam menjadi sayu
Keadilan baru Gembira namamu
Lahir juga obor bermata biru
Kini semuanya berlalu
Kau dewasa dengan perjuangan yang jitu
Kini kita kecapi Malaysia Harapan Baru
Kini kita tahu halatuju
Bersama udara segar dan awan biru
Melangkah ke hadapan tanpa ragu
Kuatkan Taqwa timbalah ilmu
Kita yakin dan kita mampu
Suci Bersih Iman diQalbu
Kita berdoa pada Allah yang satu
fauzan@sungai pusu
Jumaat
25 Syaaban 1439 H
11 Mei 2018
#sajak
36. Kejayaan hari ini dan kejayaan hakiki
Hari ini pada sekalian kali
Meraikan mahasiswa mahasiswi
Meraikan kejayaan sejati
Menyaksikan amanah diberi
Hari ini bukan saja kejayaan siswa siswi
Hari ini juga kejayaan pendidik murabbi
Bahagia melihat anak didik senyum berseri
Bahagia melihat tarbiyah yang menjadi
Mahasiswa dan Mahasiswi
Jadilah insan yang bermanafaat setiap segi
Jadilah hamba Allah yang abdi
Kejarlah kejayaan hakiki
Menikmati di akhirat nanti
Jannah firdausi
fauzan@baitul hikmah
6 safar 1438H
#sajak kejayaan
37. Kehidupan ini bagai tetamu senja
Seketika di akhirat bagai seumur hidup di dunia
Indah awan senja di dunia
Indah lagi Jannah di sana
Bercucuk tanam di dunia
Menuai kita di syurga
Segala habuan di sini hanya sementara
Insyaallah Doakan Allah merahmati kita
Doakan kita penghuni jannatul Firdaus ada segala
fauzan@sg. pusu
Jumaat
18/10/19
19 Safar 1441
#sajak
38. KLIA & KLIA2
KLIA
KLIA2
Yang mana jelita
Yang mana Indah tidak terkata
Tidak banyak Bandara
Yang duduk berdekat berdua
Jarang terjumpa
Yang Lapangan Terbang Antarabangsa
Punya dua kawalan menara
Kamu berdua
Menyaksikan sandirawara
Hidup manusia
Yang pergi kembara
Kembali membawa penuh cerita
Yang gembira
Yang duka hiba
Sesungguhnya kehidupan kita
Adalah tetamu senja
Kita akan pulang menemui Pencipta
Adakah kita bersedia
Sudah kumpulkan segunung pahala
Atau masih banyak dosa yang hina
Doakan Allah merahmati kita
Hamba Allah yang kelana
fauzan@Kota Baru
16 Safar 1441/15 Oktober 2019
#Sajak
39.
Ketenangan
Kedamaian milik Allah
Dengan mengingati Allah
Ketenangan meresap ke dalam Jiwa
Dengan mengharap kepada Allah
Kedamaian mengiringi kehidupan nyata
Ombak di pantai tidak bisa menggangu
Malah menjadi irama dan lagu
Hidup ini bagaikan tetamu senja
Hanya seketika datang menyapa
fauzan@Thulusdhoo, Maldives
40.
Kita tetamu senja
Kumpul amal Kumpul pahala
Bukan kumpul harta
Bukan kumpul dosa
Bila tiba masa
Kita akan kesana
Mengadap Allah Yang Maha Esa
Doa kita berada di Syurga
Dimana sungai mengalir didalamnya
fauzan@Ipoh
1 Muharram 1438 Hijrah
#sajak
41. Kehidupan Sejati
Di Hening pagi lailatul qadr
Burung Ababil berkicau memuji rahmatMu
Kaabah tersergam penuh KaramahMu
Hujaj tidak putus mengililingi rumahMu
Bilal mengazan kebesaranMu
Burung merpati melayang sayapnya
Diantara sayap malaikat Langit mendampar Ketenangannya hingga ke langit ketujuh
Hujaj berlari anak mengenang jasa pengorbanan Siti Hajar
Pengorbanan Ibu kasih sayang Ummi melitupi segala
Pengorbanan wanita yang diabadikan dalam ibadah
Pengorbanan Bapa demi mencari redha Allah
Pencarian Tauhid menjangkau alam dunia
Hamba Mu terisak meratapi dosa
Hamba Mu tersedu takutkan neraka
Hamba Mu mengharap sangat syahdunya
Sudaisi mengatakan semuanya
Berjuta mengaminkan doa
Sesungguhnya kehidupan melampaui dunia fana
Kehidupan sejati sentiasa bersama Illahi
Mohamad Fauzan @Makkah Al Mukaramah
27 Ramadan 1430 H, 28 September 2009
— 21 Safar 1443 H, 28 September 2021
42. Lorong Kenangan
Semalam satu pertemuan
Dalam alam maya lebih 200 insan
Berkongsi ingatan seribu kenangan
Pelbagai kenakalan
Pelbagai kemesraan
Pelbagai himbauan
Sudah pasti satu keikhlasan
Wajah guru tidak puas kami tatap
Ustaz kami akan semat segala nasihat
Abang & Kak Maktab jasa kalian kami ingat
Sahabat pertemuan kita membawa berkat
Tiga jam berlalu tanpa jemu
Mahu dihentikan jam melepas rindu
Lebih 40 tahun persahabatan berpadu
Perasaan yang indah disulami syahdu
Ya Allah berkatilah guru kami
Ya Allah ampunlah ibubapa kami
Ya Allah rahmatilah sahabat kami
Jannatul Firdaus tujuan kami
fauzan@Sungai Pusu
21 Safar 1443 H, 27 September 2021
43.
44. Mangkuk Tingkat Si’a
Iklan raya kali ini benar
Ingatkan saya kepada Ayah ku
Ingatkan saya kepada Ayah mertua
Ingatkan Mak dan Mak Mertua
Kebetulan Ayahku Noordin
Dan Ayah mertua pemandu ambulan
Kedua Mak dan Mak Mertua masak dengan penuh kasih sayang
Mereka semuanya telah pergi
Mengadap Illahi
Iklan ini ingatkan kasih sayang sejati
Hingga mati sukar diganti
Iklan ini ingatkan sambunglah silaturahmi
Sahabat sahabat ibubapa kita yang telah pergi
Ya Allah
Kau ampunilah mereka
Sesesungguhnya mereka
Punyai kasih sayang sejati
fauzan@Sungai Pusu
5 Syawal 1422, 17 Mei 2021
#sajak kasih sayang
45. Malaysia atau Harimau Menangis
Dunia menangis
Rakyat menangis
Malaysia menangis
Yang viral Harimau menangis
Menangis kerana kehilangan kerja
Menangis kerana tiada makanan
Menangis kerana dilanda banjir
Menangis kerana covid19
Tapi yang laris
Harimau manangis
Hati mana tidak terguris
Antara kelaparan rakyat mengemis
Dengan kemewahan mereka yang tertulis
Ya Allah selamatkan negaraku
Ya Allah rahmatilah umatMu
Ya Allah peliharalah tanahairku
fauzan @ Sungai Pusu
02 Jamadil Akhir 1442 H
15hb Februari 2021
#sajak
46. MALAYSIA 2020, PAJAK #GADAI dan KITA
Tahun 2020
48 hari terkurung
4 Mei bila dibuka
1 Malaysia pajak gadai diterpa
Ada yang halal ada yang riba
Tahun 2020
Sepatutnya negaraku
Negara maju
Negara maju berdiri
Ikut acuannya sendiri
Wawasan 2020
9 cabarannya
Aku sudah lupa
Katanya ekonomi disama rata
Tiada kebencian sesama bangsa
Masyarakat bermoral dan beretika
Masyarakat penyayang antara kita
Apa lagi kata yang tidak dikota
Hari ini pajak gadai punya cerita
Pajak Gadai banyak tafsirannya
Antaranya Wawasan 2020 entah kemana
Jurang antara kita masih banyak bedanya
Maki hamun dalam media sosial tertera
Kebencian kepada bangsa asing luarbiasa
Kasih sayang antara masyarakat sudah tiada
Adakah itu semua adalah kita
Apa jadi pada Malaysia
Pada Allah kita berdoa.
fauzan@Baitul Hikmah, Sungai Pusu
17 Ramadan 1411, 10 Mei 2020 #sajak
47. Manusia Apa Kita ini
Perjalanan kita masih panjang
Walaupun masa amat suntuk
Perjalanan kita berliku
Walaupun tampak lurus
Kelilingnya tampak masih hijau
Namun belakangnya sudah digondol
Manusia jenis apa kita ini
Sungai dicemari
Gunung ganang dilapahi
Manusia penting untong sehari
Lupa anak cucu sepuloh generasi
Dunia rosak ditangan sendiri
Alam fauna tidak disantuni
Alam flora tidak dimesrai
Dunia ini hanya sementara
Cahaya ini hanya seketika
Kembali pada Allah kita semua
fauzan@Sungai Pusu
2 Rabiul Akhir 1441 H
17/11/2020
#sajak
48. Merdeka kah kita? Hijrah kah kita?
Hari ini hari Merdeka
Hari esok Tahun Baru Hijrah
Merdeka kah kita
Jika Anak Bangsa masih derita
Merdeka kah kita
Jika Bangsa yang penuh adat dan Adab
Menjadi Bangsa dendam kesumat dan Biadab
Hijrah kah kita
Jika Islam dan Bangsa kita khilaf makna
Hijrah kah kita jika
Islam yang Rahmah
Menjadi Islam yang Marah
Hijrah kah kita
Jika Komputer asal dari Algorithm dan Khawrizmi
Asal Cryptocurrency dari Al Kindi
Tapi kita masih menggunakan Teknologi
Ditangan ini
Bukan buatan sendiri
Dibumi Hamka
Aku masih bertanya
Apakah masa depan Umat
Apakah nasib untung rakyat
Di kiri Gunung
Di kanan Danau
Harapan Rakyat setinggi gunung
Negara jangan dikacau bilau
Titah Sultan yang berharga
Pada Rakyat yang peka
Pada Pemimpin yang Adil dan Amanah
Janganlah kerana Takhta dan Harta kau yang Punah
Jagalah peliharalah Malaysia tercinta
Kerana silap langkah binasa semuanya
Akhir kata pantun yang berbicara
Indah sungguh Danau Maninjau
Tenang tenteram aman damai
Tiada masaalah tiada yang risau
Bila Taqwa dan Iman sudah disemai
fauzan@ Danau Maninjau | 31hb Ogos 2019/30 Zulhijjah 1440 Hijrah
49. Masjid Besi Putrajaya
Setenang Masjid
Sekuat Besi
Wahai Putraku
Jayakah Putraku
Merdekakah Putraku
Sucikah Putraku
Tenangkah Putraku
Kuatkah Putraku
Putraku PutraJaya
Entah Merdeka
Entah Putra
Entah Jaya
Allah jua MahaKuasa
fauzan@masjid besi putrajaya 5.57pm
19 Jamadil Awal 1436 Hijrah
#sajak
50. Makku Hajjah Habsah
Makku Hajjah Habsah guru pertama
Makku mendidik penuh kasih mesra
Sayangnya tidak terkira
Mengajar Quran dari Alif Ba Ta
Hingga khatam dari Al Fatihah ke Juz Amma
Masih teringat mendukong aku
Kerana tak mahu kasut sekolah
Basah kerana terkena air bah
Masih teringat buah epal hijau
Yang dibeli dari Bagan
Sedangkan tambang bas terkesan
Masih teringat ayam masak ros
Masakan istimewa di Hari Raya
Masih teringat ketupat daun palas
Kuih buah ulu acuan ikan emas
Mak ramai murid terima ajaran
Mak mengajar muqaddam sampai Quran
Doakan amal soleh menjadi bekalan
Ku berdoa Allah menggurniakan Mak dan Ayah Jannah
Ku berdoa Allah golongkan Mak dan Ayah orang yang soleh dan solehah.
Ku berdoa Allah merahmati Mak dan Ayah.
fauzan @ Baitul Hikmah
4 Syawal 1441, 27.05.2020
#sajak
#Mohamad Fauzi Noordin
#Zainon Zakeriah #Maznah Zakeriah
51. Merdeka Segala
Merdeka
Merdeka dari penjajah
Tapi jiwa masih rosak dan parah
Nilai bobrok penjajah masih dijarah
Apa guna memekik Merdeka
Tapi jiwa masih memikir cara mereka
Apa guna laungan Merdeka
Tapi jiwa raga rela diperhamba
Apa guna perayaan Merdeka
Jika anak bangsa masih terlena
Adakah Malaysia sudah Merdeka
Merdeka bukan sekadar nama
Merdeka bukan sekadar cerita lama
Merdeka bukan sekadar perarakan berwarna
Merdeka perlu pengisian sebenarnya
Merdeka perlu modal insan dibina
Merdeka perlu prasarana antarabangsa
Merdeka paling penting punyai Bangsa
Bangsa yang punyai kekuatan jiwa
Bangsa yang punyai jatidiri yang waja
Bangsa yang punyai Iman dan taqwa
Bangsa yang hanya menyembah Allah yang Maha Esa.
fauzan @ Sungai Pusu
29 Muharam 1443H/6 September 2021
52. Manusia Jenis Apa Kita
Manusia jenis apa kita
Apabila Sabra Shatila dinoda
Kita tidak merasa apa apa
Manusia jenis apa kita
Bila kanak kanak Syria
Terdampar dilambung ombak penuh duka
Dunia masih membisu seribu bahasa
Manusia jenis apa kita
Takkala anak anak Somalia kelaparan dahaga
Orang kaya dunia berlumba lumba melancung ke angkasa
Manusia jenis apa kita
Rakyat menderita
Pandemik covid19 mereka hilang kerja
Hampir goncang rumahtangga
Tapi mereka masih mencatur kuasa
Mereka di atas sana masih mengira laba
Adakah manusia sudah hilang rasa
Adakah manusia sudah hilang peka
Adakah manusia sudah pekak
Adakah manusia sudah sombong lagi bongkak
Sedarlah manusia, derita mereka
Ujian kita
Sedarlah saudara,
Dikala mereka berduka
Tanyalah diri kita
Apa sumbangan kita
Tahukah Saudara, harta kita
Bukan yang kita ada
Tapi harta kita apa yang kita derma
Saudara sumbanglah apa yang ada
Ayuh kita bersama
Sumbanglah harta
Berikan dan Luangkan masa
Panjatkan Doa
Allah Maha Esa
fauzan @ Sungai Pusu|Jumaat 17 Safar 1443 H|24 September 2021
53. OKU.. Adakah Orang Kelainan Upaya
Adakah kurang upaya
Atau kelainan upaya
Atau terlebih upaya
Masakan Kita dicipta berbeda beda
Jika kita kurang di sini tapi lebih disana
Allah Maha Kaya
Kita yakin kita diberi peluang yang sama
Cuma bentuk dan jenisnya berbeza
Kita mungkin berbeza tapi tetap sama
Kita mungkin terasa kurang di dunia
Namun kita di syurga semuanya bahagia
Kadang kala terlintas di depan mata
Menguji keimanan kita
Adakah pemberian Allah dugaan untuk dia
Ataukah Allah mahu menguji kita semua
Allah tidak melihat rupa mahupun anggota
Namun Allah menilai Iman di dada
Yakinlah kita
Kita semuanya sama
Allah jua yang sempurna
Pada Allah kita hambaNYA
fauzan@Padang
10 Rabiul Akhir 1441
7 hb Disember 2019
#sajak
54. Prof Malek Badri: May Allah Bless You Always
Your smile bright us up
Your advice show us they way
You always remind us Islamisation and Tasawuf
You always remind us Zuhud and Murabbi
Even Malek Shabbaz make appoint to meet you at Lebanon
Your knowledge and wisdom cover across Sudan, USA , Nigeria, Indonesia , Malaysia, Russia and all over world
You are example of Rahmatan Lil Alamin
You wish dream of meeting Rasulullah saw
InsyaAllah you will
May Allah bless you always
May Allah bless you Jannatul Firdaus
We as your students will follow your advice You are our teacher and Murabbi
We testify you are Excellent Murabbi
55. RUU 355
Hari ini bila Merbok menjadi Penguasa
Pelbagai dalil alasan dikemuka
Jeritan, himpunan hanya sandiwara
Hari akhirat nanti jawablah kita semua
Di hadapan Allah Yang Maha Kuasa
(ditambah pd 2 Zulhijjah 1441H)
adakah tinggal buku 555
Demo di Padang Merbok
Terkejut Terpukau warga Ungas dan Burung
Burung Merbok terbang lintang pukang
Khuatir golongan bani Tamim akan bersarang
Dua belas purnama sudah menjelma
Tok Selampit Lebai Malang menangguh Akta 3 5 lima
Ditangguh pada sekian kalinya
Para Ungas dan Rakyat Jelata Burung ketawa
Inilah drama politik sandiwara manusia
Demi kuasa bukan Agama
fauzan@Sungai Pusu
15 Jamadil Akhir 1439H
#sajak
56. RAMADAN AKAN PULANG
Ramadan akan pulang
Sekejap saja kau bertandang
Mulanya kau datang
Kami rasa masanya akan panjang
Cukup untuk berkasih sayang
Rupa rupanya kita alpa
Kita asyik terlena
Terbuai mimpi dunia
Yang tiada penghujungnya
Demi masa
Ruginya manusia
Kecuali beriman pada yang Maha Esa
Dan melakukan amal soleh sentiasa
Dan berpesan pada kebenaran sepenuh jiwa
Dan berpesan pada kesabaran di dada
Ramadan bawalah amalan kami yang ada
Walaupun tidak banyak seperti dicita
Namun kami berdoa
Ya Allah jadikan kami manusia yang berbeza
Manusia yang lebih bertakwa
fauzan@ Baitul Hikmah
29 Ramadan 1441
22.05.2020
#sajak
57. Ramadan Menjelang Lagi
Ya Rabb
Alhamdulillah bersyukur kami
Diberi peluang sekali lagi
Ya Rabb
Berilah kekuatan utk kami mengabdi
Ya Rabb
Lembut basah lisan kami
Untuk kami mengingati Ilahi
Ya Rabb
Berilah keikhlasan sepenuh hati
Kerana Ramadan tahun mendatang belum pasti
fauzan@sg.pusu
30 Syaaban 1434
58.
Ramadan datang Ramadan pergi
Adakah kita lulus ketaqwaan diri
Dekatkah kita dengan Illahi
Doakan kita sentiasa dirahmati
Ramadan tahun depan kita jumpa lagi
Ya Allah ku berdoa agar ramadan bukan yg terakhir kali ini
Ya Allah terimalah puasa, qiyam doa dari hambaMu ini
Ramadan madrasah rohani bentuk peribadi
Ya Allah jadikan aku hamba sedar diri
Hanya satu hari lagi
Amat terkesan dengan perpisahan ini
Ya Rabbi
Kebebasan api neraka harapan kami
Ya Illahi
Ampuni dosa kami
Kau tahu isi hati
fauzan@villa bestari
29 Ramadan 1438H
#sajak
59. Selamat Hari Guru
Guru, Cikgu mahupun Pensyarah
Ilmu yang disampaikan menjadi ibadah
Bangga anak didik jadi insan soleh dan solehah
Siapa kita jika bukan kerana Cikgu di sekolah
Siapa kita jika bukan kerana Ustaz di madrasah
Guru, Cikgu mahupun Pensyarah
Ibulah menjadi guru pertama dalam hidupku
Ayahlah menjadi cikgu tauladan seumur hidupku
Tok dan Tokwan menjadi guru ikutan dalam kehidupanku
PakCik dan Mak Menakan menjadi cikgu Mentor dalam kehidupanku
Guru, Cikgu mahupun Pensyarah
Ilmu dan nasihat kamu menjadi azimat
Kesayangan guru dan keberkatan murid membawa berkat
Walaupun tanpa harta tapi ilmu boleh dimanafaat
Bukan saja di dunia namun kekal di akhirat
Guru, Cikgu mahupun Pensyarah
Setiap insan bertemu mereka ini
Punyai hati suci ikhlas dari sanubari
Mana ada dendam kesumat dan irihati
Semuanya mencari redha Illahi
fauzan@Sungai Pusu
4 Syawal 1421, 16 May 2021
#sajakhariguru
60. SIAPA CIKGU
Siapa Cikgu
Tanpa Cikgu siapalah Aku
Aku belajar membaca dari dia
Aku belajar berfikir dari dia
Kami belajar setiakawan dari dia
Kami belajar erti pengorbanan dari dia
Dia menjadi lambang kejayaan
Dia menjadi sumber kekuatan
Bimbingan dia menjadi pedoman
Kerana hidup ini penuh ujian
Cikgu kamu asahkan pemikiran kami
Dari kamu kami mengerti perbezaan siyasi
Kamu pimpin kami berbicara dari hati
Untuk membela nasib umat dan bangsa sendiri
Cikgu kamu adalah Murabbi
Cikgu yang ulong adalah Rasulullah saw sendiri
Cikgu yang mengajar kasih sayang ibu kita
Cikgu yang mengajar pengorbanan ayah kita
Cikgu dari sekolah rendah, menengah ke universiti adalah guru kita
Cikgu Selamat Hari Guru Cikgu
Doakan Allah swt ganjarkan Jannah padamu Cikgu.
fauzan@Baitul Hikmah
23 Ramadan 1441 Hijrah
16 Mei 2020
61. Selepas Subuh di Masjid Nabawi
Matahari Terbit di sebelah kiri
Masa yg sama kanan Bulan tampak berseri
Tika yg sama Hamba Allah menjadi abdi
Ku kenal diri ini
Mendoakan Iman yg mendaki
Mengharap limpah rahmat Illahi
Membersih seketul hati
Memohon sesuci murni
Mendambakan Jannah firdausi
Ya Rasulullah saw InsyaAllah ku datang lagi
fauzan@masjid nabawi 15 Zulhijjah 1436H
#sajak
62.
Satu rombongan
Satu kenangan
Adakah masih satu perjuangan
Adakah sama pengkalan
Ada yang keciciran
Adakah kerana habuan bertaburan
Adakah kerana gelaran
Adakah kerana jawatan
Adakah usrah tiada susulan
Sedarkah kita dimana tujuan
Golonglah kita dalam jemaah tetap *IMAN*
#sajak
63.
Sungai Kelantan
Menyaksikan liku kehidupan
Adakah kita masih punyai harapan
Air tea tarik bukan minuman
Wahai insan
Apakah ini hasil pembalakan
Adakah kerana kerakusan
Dimana insan yang beriman
Atau masih keliru royalti atau ihsan
Dimana pejuang lestari
Dimana para bijak bestari
Ayuh kita selamatkan alam ini
Allah sedang memerhati
Tingkah laku hambaNYA yang tidak sedar diri
fauzan@Anjung rahmat.
18 Safar 1441
17 October 2019
#sajak
64.
Solat Eidul Fitri
Berkhutbah Raya penuh initipati
Kali ini di rumah sendiri
Seumur hidup ini pertama kali
Ada hikmah dari Allah
Menguji kita penuh pasrah
Bersyukur kita Alhamdulillah
Mengerjakan penuh taat dalam beribadah
Ya Allah padaMu kami berserah
Jadikan lah kami orang yang soleh dan solehah
Kurniakan lah kami Jannah
fauzan@ Baitul Hikmah
1 Syawal 1441 24 Mei 2020
#sajak
65. Sahabatku Hj Nasa
Pemergianmu pagi ini amat terasa
43 tahun kita bersahabat tidak pernah meluka
5 tahun berjiran sebelah katil amat bahagia
Kita dewasa bersama
Masih ingat nasi kandaq dibawa Hj Ahmad akan dikongsi rasa
Masih ingat kita berjalan ke surau solat berjemaah subuh, maghrib dan isha
Kau cekap dan mahir bermain badminton dan bola
Aku sekadar turut serta dan dengar cerita
Kau sambung belajar ke UK aku ke Amerika
Sahabatku Hj Nasa
Bila kita pulang dari belajar kau tetap sama
Masih ambil berat peka sahabat semua
Selalu menerima dan mengirim khabar sahabat saudara
Selalu berusaha bagaimana membantu mereka
Sahabatku Hj Nasa
Tahun lepas kali akhir kita berjumpa
Kita pergi Sungai Sidim berendam bersama
Kita bercerita tentang kesihatan, anak dan sahabat kita
Tidak kuduga kini sahabatku sudah tiada
Sahabatku Hj Nasa
Sukar bagiku menerima berita
Takdir Allah kita pasrah dan redha
InsyaAllah jannah sudah tersedia
Bagi sakit sebegini seperti Nabi bersabda
Sahabatku Hj Nasa
Aku tetap berdoa
Allah mengampun segala dosa
InsyaAllah Jannah kau akan bahagia
Tempat yang akhir idaman kita semua
fauzan@sungai pusu, gombak
10.01 pagi
12 Zulkaedah 1442 H 22 Jun 2021
Mohamad Nasaruddin Sahabatku AlFatihah
66. Timah Yang Mana
Timah
Siapa kau
Nama wanita
atau
Nama bijih
atau
Nama Arak
Muncul ditengah gawat rasuah
Muncul ditengah pemerintahan Bendahara terkenal dengan slogan agama
Pelbagai tafsiran dan asbab keluarnya Timah
Begitulah negara yang peka atas nama
Begitulah bangsa yang selalu dijamu dengan kata kata
Timah muncul di persada dunia
Dengan penuh sensasi dan sandiwara
Dari sejarah hasil bumi Malaya
Hingga kepada penjajah harta dan minda
Mencabar laungan pihak penguasa
Yang sentiasa ada jawapan tapi kini diam seribu bahasa
Rakyat dan Umat menunggu yang keluar fatwa ataupun petua
Sempena Maulid Rasulullah saw
Kita berdoa pada Allah swt
Agar Malaysia dihindar dari malapetaka
Agar Allah memelihara kita dari kerosakan akhlak dan jiwa
fauzan@Sungai Pusu
12 Rabiul Awal 1443 H
19 Oktober 2021
67. Tok Pa
Ramai bertanya kenapa
Adakah Tuan Lupa
Adakah Tuan Alpa
Semua tahu hebatnyaTok Pa
Kurang bercakap mesra disapa
Doakan Tok Pa berjaya
Dimana saja Tok berada.
Salam dari saya
Orang biasa
Tidak punyai apa apa
Hanya Hamba Allah Maha Esa
Fauzan 9 Muharam 1440 H
#sajak
68.
Terlepas
Melepas
Borang pelepas
Di balai pelepas
Contoh hampas
Pandai tepias
Pandai kipas
Semua nak libas
Semua nak kebas
Sementara bernapas
Nanti dibalut kapas
#sajak
69. Antara Tsunami & Merapi
Antara Tsunami dan Merapi
Walaupun terjadi di luar negeri
Itu amaran negeri dari Illahi
Jgn jadikan ibukota pusat lacur diri
Jgn jadikan KL & Monte Carlo kembar serasi
Antara tsunami dan merapi
Ada yg tak sempat lari
Yang tinggal hanya mayat yg ditangisi
Masih ada yg memuja diri
Membina tugu bangunan tinggi
Antara tsunami dan merapi
Binatang manusia semuanya mati
Pokok tanaman hangus dijilat api
Masih ada yg tidak mengerti
Masih ada yg menghina Nabi
Ya Allah peliharalah kami
Dari tangan yang rakus
Ya Allah limdungi kami
Dari nafsu yang menggila
Ya Allah rahmatilah kami
Fauzan @ 28 October 2010 | Jazan, KSA
70. Villa Bestari
Ada pelbagai citra
Ada yang indah
Ada yang permai
Ada yang damai
Citralah yang soleh
Indahlah pekerti ini
Permailah jiwa ini
Damailah qalbu ini.
Ramadan akhirnya Taqwa.
3 Syawal 1422H
#sajak #villa bestari
71. 26.11.1986…
Sudah 34 tahun belayar bahtera
Ada duka banyak gembira
Ada ujian akhirnya bahagia
Kehidupan ini melengkap sempurna
Keluarga ini syurga kita
Menuju Jannah yang ada segalanya
Liku jalan kita kembara
Bukit bukau kita daki bersama
Dari sebatang kara kini berdua
Dari berdua kini berkeluarga
Dari berkeluarga kini bercucunda
Kebahagian yang tidak terkata
Kasihku pada cucu berdua
Sayangku pada anak bertiga
Kasih Sayang sepenuhnya pada isteriku Roslina
Syukur Alhamdulillah pada Allah yang Maha Esa.
fauzan@Baitul Hikmah
Sungai Pusu
11 RabiulAkhir 1442
26.11.2020
#sajak
72. 37 tahun dan 29 tahun
37 tahun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kini Gombak dulunya Petaling Jaya
Melahirkan ramai pemimpin dan cendiakia
Ramai menjadi Menteri dan Duta
Visi untuk dunia dan ukhrawi
Mengadun ilmu dan wahyu dengan sebati
Misinya Islamisasi, Antarabangsa, Kecemerlangan dan Integrasi
Alhamdulillah Umat sanjung tinggi
29 tahun hamba berkhidmat di universiti ini
29 tahun tempat hamba mencari rezeki
Banyak kemanisan yang dinikmati
Ada juga ujian yang perlu didepani
Lebih separuh umur di satu organisasi
Sudah pasti memantapkan diri
Syukur ku di sini
Ya Allah Kau saja ku mengabdi
fauzan@ Baitul Hikmah
28 Ramadan 1441
21 Mei 2020
#sajak
73. MRSM 50
Alhamdulillah sudah 50 usia MRSM
Aku antara ribuan insan lahir dari MRSM
Banyak jasa MRSM , MARA, guru dan kakitangan MRSM
Banyaknya jasa tak dapat kita kira
Namun setelah 50 tahun usia
Apa masa depan agama dan bangsa
Adakah dengan muda mudi berpesta
Sudah selesai semua agenda
Dan kini boleh berraya sesama kita
Adakah dengan bernostlgia cerita lama
Atau menyemarak bara cinta orang tua
50 tahun dahulu ada pesta muda mudi Pak Maun
Selepas 50 tahun ada juga pesta muda mudi Bapak dan Emak
50 tahun dulu baru ada satu MRSM
Selepas 50 tahun berpuluh MRSM
50 tahun yang lalu di Baling ada kematian anak
Kematian anak kerana keracunan makanan
Adakah keracunan makanan kerana kemiskinan
Selepas 50 tahun masih ada di Langkawi kematian anak
Kematian anak kerana keracunan makanan
Adakah keracunan makanan kerana kemiskinan
50 tahun lalu lahir gerakan dakwah belia
Menjadi jurubicara umat dan rakyat
50 tahun dulu umat masih keliru
Antara pakai hijab dan pakai dakwah
50 tahun lalu rakyat tersilap
Dengan Assalamulaikum dengan Hello dan yang minta sedeqah
50 tahun yang lalu umat masih kurang tahu
Islam sebagai Addin cara hidup
Dengan Islam sebagai ikut ikutan
Selepas 50 tahun kita perlu ramai lagi belia
Bicara dan selesaikan masaalah umat dan rakyat
Selepas 50 tahun kita perlu cerdaskan Umat
Selepas 50 tahun kita belum merdeka rupanya
Masih dijajah minda
Akhirnya kekuatan kita Iman dan Taqwa
Kepada Allah jua kita berserah.
fauzan@sungai pusu
20 Rejab 1443H
21 Februari 2022
74. AWASpada
Awas media sosial yg terpesona
Waspada Permainan dalam talian yg teruja
Ada menafaatnya
Ada keburukannya
Kita hendaklah pandai mengguna
Jangan kita lagha dan leka
Kita menjadi tuan yang punya
Bukan hamba diperkuda
Gunalah seketika
Bukan dalam kurungan bertapa
Demi masa
Seluruh insan rugi segala
Kecuali mereka berkata
Pada kebenaran sentiasa
Pada kesabaran ketika bahagia dan duka
Ya Allah kami lah Hamba
Ya Allah Maha Penguasa
75. #Sisa #Sisa #Ramadan
Dalam menanti ketibaan hari raya
Sudah pasti syawal menjelma
Tapi hampir lupa Ramadan yang masih ada
Sudahkah terbaik amalan kita
Apakah usaha amalan kita tinggal sisa
Adakah kita lupa pahala berganda
Adakah ianya lebih besar dari meriam raya
Lupakah kita terawih
Ditengah pilihan baju raya
Lupakah kita tadarus
Ditengah hidangan kueh raya
Apa tujuan Ramadan
Apa tujuan Eid Fitri
Mencapai ketaqwaan asli
Kembali merayakan kesemulajadian fitrah diri
Semuanya untuk Illahi
fauzan@12.21 pagi 29 Ramadan, 1443H, Makkah Al Mukarramah
76. Malam 23 Ramadan
Imam Sudais sebak mendoakan keampunan
Makmum menitis air mata kesyahduan
Makmum menadah tangan penuh kesyukuran
Langit mendung mengandung keberkatan
Langit mencurah titisan hujan kerahmatan
Malam perlumbaan acara ibadah pahalanya tiada kesudahan
Indahnya Ramadan
Datang membawa keberkatan
Datang bersama kerahmatan
Datang diiringi kemaafan
Ya Allah hambamu pohon ketaqwaan
fauzan@Syuruk, Masjidil Haram
23 Ramadan 1443H
77.
Pagi ini
Bulan dan bintang mana bisa dipisahkan
Begitu juga Iman dan Taqwa
Begitu juga jiwa dan bahasa
Begitu juga budi dan bahasa
Begitu juga sopan dan santun
Terpancar akhlak mulia
Dari keikhlasan hati nurani
Terpancar budi bahasa
Dari ketulusan hati yang bersih
Terpancar keindahan alam
Itu semua ciptaan Maha Agong Allah swt
Terpancar budi pekerti yang soleh
Dari hidayah Allah swt yang Maha Pengasih lagi Penyayang
fauzan@Baitul Hikmah
7.25 pagi,
27 Syawal 1443 28 Mei 2022